Tersungkur Jatuh Tak Terbangun.........................

Allahu rabbi..dugaan apa lagi yang Engkau berikan..tatkala aku terpanggil untuk membuka ruangan text tersebut..beratnya dugaanMu..namun di sebalik itu mungkin terpalit rasa syukur di hati..aku tahu siapa dia sebenar..sikap dia sebenar..andai hinaan itu untuk aku dan sekeluarga adalah teguran daripada Mu ya rabb..terima kasih..sekurangnya tidak aku mendonggak ke langit tatkala diri hanya lah bagaikan satu titik hitam di atas kertas kepunyaan Mu...

tidakla aku akan memandang rendah setiap mereka yang tidak punyai apa-apa..
tidaklah aku akan menghina mereka yang berbuat satu kesalahan dan melupakan sejuta kebaikan mereka..
tidakla aku akan menyangka mereka itu bodoh kerana kealpaan mereka..
tidaklah aku memanggil mereka dengan yang tidak sepatutnya hingga hilang rasa hormat aku pada mereka..
tidakla aku membangga diri dengan apa yang aku ada yang sememangnya bukan aku punya..
tidakla aku berasa aku memiliki yang bukan milik aku pada hakikatnya..

Allah..
luluh hati hambaMu..
mungkin hati ini kuat andai diri sendiri di hina..
namun hati ini lemah..berderai tatkala famili yang di hina..
tersungkur rasanya..

mengenang apalah salah diri yang sebegitu besar..
tatkala sayang di puja-puja..
tatkala benci di hina-hina..
Allah..
mohon kuatkanlah hati-hati kami..
tabahkan lah hati-hati kami dalam menerima dugaanMu..
berilah petunjuk dan hidayahMu kepadanya..
sesungguhnya..apa aku ada bukanlah hak aku...
apa aku miliki bukanlah milik ku..
dan aku adalah hambaMu..




terima kasih,,jemput komen dan datang lagi,,